Tuesday 25 December 2012

Bizarre Show: Lelaki China Bina "Bahtera Nuh" untuk Persiapan Kiamat

Inilah Bahtera Nuh yang sedang dikerjakan Lu Zhenghai asal China. Lelaki ini sudah menghabiskan  160.000 US dollar   untuk membangun perahu yang disiapkannya untuk menghadapi kiamat.


BEIJING — Khuatir kiamat benar-benar akan tiba akhir tahun ini, seorang lelaki di China menghabiskan tabungannya untuk membangun sebuah "Bahtera Nuh".

Menurut laporan Chinese News Service, laki-laki bernama Lu Zhenghai asal Daerah Otonomi Xinjiang Uyghur itu sudah mengeluarkan wang sebanyak 160.000 dollar AS    untuk membaina perahu itu.

Lu sendiri yang merancang bahtera berukuran panjang 65 kaki (hampir 20 meter) itu, dan jika selesai nanti akan berat 80 ton.

Lu mengatakan dia mulai membangun "Bahtera Nuh" ini sejak 2010 kerana khuatir banjir besar di hari kiamat akan mengancam kehidupan dia dan keluarganya.

"Saya habiskan semua tabungan saya dan mulai membangun perahu ini. Saat perahu selesai, siapa pun boleh naik perahu ini," kata Lu.

Sebuah Web berita China, FMN, melaporkan bahawa bahtera Lu dibuat dari 10 ton kayu dan 60 ton besi. Sayangnya, akibat kekurangan dana, perahu itu belum  selesai dibina.

Lalu bagaimana jika kiamat tak jadi datang akhir tahun ini? Nampaknya, Lu masih memiliki rencana cadangan untuk perahunya itu. Jika kiamat tidak datang, maka Lu berharap perahunya boleh dijadikan atraksi pelancung atau boleh  digunakan sebagai feri.

Sunday 2 September 2012

Bizarre Show: Petani Cipta Model Replika Lamborghini Reventon


KERETA sport Wang Jian menjadi tumpuan pengguna jalan raya lain.
SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China bertindak membina sendiri kereta sport berkenaan.

Petani tersebut, Wang Jian membina kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana.

Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel kenderaan selama lebih 10 tahun.

Media China melaporkan replika Lamborghini Reventon itu menelan kos 60,000 yuan (RM29,526) untuk dibina.

Kereta sport buatan sendiri itu boleh mencapai kelajuan 256 kilometer/sejam. - Reuters

Bizarre Show: 101 Bayi Dilahirkan Pada 31 Ogos.

SUHAILA A. AZIZ (kiri) dan Norhayati Ismail bersama bayi merdeka masing-masing di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.
KUALA LUMPUR - Seramai 53 bayi 'merdeka' masing-masing 24 perempuan dan 29 lelaki dilahirkan di lapan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga tengah hari semalam.

Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan sebaik selepas detik 12 tengah malam tadi.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kajang dan bayi itu adalah antara enam kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan, kata jurucakap hospital itu.

Hospital Sungai Buloh pula mencatat kelahiran paling tinggi iaitu 13 bayi dengan kelahiran pertama, seorang bayi lelaki pada 12.14 pagi, kata jurucakap hospital itu.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, seramai lapan bayi dilahirkan sehingga 9.02 pagi ini dengan bayi pertama seberat 2.73 kg dilahirkan pada 12.20 pagi.

Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) masing-masing mencatat tujuh kelahiran dengan bayi pertama masing-masing dilahirkan pada 1.02 pagi dan 12.55 pagi.

Hospital Kuala Lumpur mencatat kelahiran lima bayi dengan seorang daripadanya rakyat Indonesia seberat 4.25 kg yang dilahir pada 4.11 pagi, manakala Hospital Tawakal merekodkan kelahiran dua bayi lelaki.

Di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula, lima kelahiran direkod termasuk seorang bayi lelaki rakyat Perancis, kata jurucakap hospital itu.

Daripada 53 bayi yang dilahirkan itu, 18 kelahiran adalah melalui pembedahan iaitu masing-masing satu di PPUM dan HKL, Hospital Tawakal Kuala Lumpur (dua), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (tiga) dan masing-masing empat di Hospital Serdang dan SJMC.

Di Kuala Terengganu, 28 bayi dilahirkan di beberapa hospital di negeri itu sehingga 12 tengah hari iaitu 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kelahiran pertama ialah pada 12.14 pagi.

Di George Town, seramai tiga bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang termasuk dua bayi rakyat Indonesia.

Di Seremban, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - Bernama

Tuesday 28 August 2012

Bizarre Show: Kambing panjat pokok di Maghribi

BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.
RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. - AFP

Bizarre Show: terbaiklah kambing ini,pandai panjat pokok . Ini semua kuasa Allah S.W.T . Kambing ini mencari makanan di atas pokok sewaktu musim kemarau.

Bizarre Show: 17 dipancung kepala ketika berpesta

ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.
KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

Bizarre Show: Jagalah keamanan negara supaya tidak ada sesiapa pun yang terbunuh. Setiap kesalahan ada cara hukumannya. Kenapa perlu berbunuh? Hanya Allah sahaja yang boleh mengambil nyawa , itu bukan tugas manusia di atas muka bumi ini. 

Bizarre Show: 14 lagi mayat ditemui dekat Damsyik

FOTO menunjukkan mayat-mayat terbaring di atas simen semalam di bandar Daraya dekat ibu kota Damsyik.
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat ditemui di bandar Daraya dekat Damsyik selepas aktivis melaporkan satu pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan berlaku di situ dalam serangan lima hari oleh tentera rejim Syria, kata pemerhati semalam.

Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia sebelum ini melaporkan penemuan 320 mayat di Daraya selepas satu serangan yang disifatkan sebagai sangat kejam, pembunuhan tanpa perbicaraan dan serbuan rumah ke rumah oleh tentera kerajaan.

Pemerhati berkata, sehingga kini ia telah mengenal pasti seramai 220 mangsa yang dibunuh.

Jawatankuasa Penyelaras Tempatan sebuah rangkaian aktivis menyifatkan insiden itu sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan pemerhati Britain menjelaskan sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh di negara bersengketa itu kelmarin. Mereka terdiri daripada 105 orang awam, 26 pejuang pemberontak dan 18 tentera.

Kelmarin, tentera rejim mengebom bandar Basra al-Sham dalam wilayah Daraa dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang awam.

Serangan terbaru yang berlaku semalam pula membunuh tiga orang lelaki, kanak-kanak dan dua wanita di Kafr Batna dalam wilayah Damsyik.

Menurut angka pemerhati, kira-kira 25,000 mangsa yang kebanyakannya orang awam telah terbunuh di Syria sejak tercetusnya kebangkitan rakyat pada Mac tahun lalu. - AFP

Bizarre Show: Kenapa perlu berbunuhan di atas muka bumi ini? Persoalannya siapa perlu bertanggungjawab ke atas perkara yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya kerana Allah penentu segalanya. DaripadaNya kita datang KepadaNya kita kembali.


Saturday 25 August 2012

Bizarre Show: Lebih sayang anak patung dari suami

ALICE menukar lampin anak patungnya.
LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.

Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.


Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.


Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.


Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.


Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Bizarre Show: Ramai manusia di atas bumi ini mempunyai perangai pelik sampai boleh abaikan orang tersayang . Maka nasihat disini hobi itu hanya mengisi masa senang , jangan lupa tangungjawab kita sebagai manusia.