Tuesday, 28 August 2012

Bizarre Show: Kambing panjat pokok di Maghribi

BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.
RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. - AFP

Bizarre Show: terbaiklah kambing ini,pandai panjat pokok . Ini semua kuasa Allah S.W.T . Kambing ini mencari makanan di atas pokok sewaktu musim kemarau.

Bizarre Show: 17 dipancung kepala ketika berpesta

ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.
KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

Bizarre Show: Jagalah keamanan negara supaya tidak ada sesiapa pun yang terbunuh. Setiap kesalahan ada cara hukumannya. Kenapa perlu berbunuh? Hanya Allah sahaja yang boleh mengambil nyawa , itu bukan tugas manusia di atas muka bumi ini. 

Bizarre Show: 14 lagi mayat ditemui dekat Damsyik

FOTO menunjukkan mayat-mayat terbaring di atas simen semalam di bandar Daraya dekat ibu kota Damsyik.
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat ditemui di bandar Daraya dekat Damsyik selepas aktivis melaporkan satu pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan berlaku di situ dalam serangan lima hari oleh tentera rejim Syria, kata pemerhati semalam.

Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia sebelum ini melaporkan penemuan 320 mayat di Daraya selepas satu serangan yang disifatkan sebagai sangat kejam, pembunuhan tanpa perbicaraan dan serbuan rumah ke rumah oleh tentera kerajaan.

Pemerhati berkata, sehingga kini ia telah mengenal pasti seramai 220 mangsa yang dibunuh.

Jawatankuasa Penyelaras Tempatan sebuah rangkaian aktivis menyifatkan insiden itu sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan pemerhati Britain menjelaskan sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh di negara bersengketa itu kelmarin. Mereka terdiri daripada 105 orang awam, 26 pejuang pemberontak dan 18 tentera.

Kelmarin, tentera rejim mengebom bandar Basra al-Sham dalam wilayah Daraa dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang awam.

Serangan terbaru yang berlaku semalam pula membunuh tiga orang lelaki, kanak-kanak dan dua wanita di Kafr Batna dalam wilayah Damsyik.

Menurut angka pemerhati, kira-kira 25,000 mangsa yang kebanyakannya orang awam telah terbunuh di Syria sejak tercetusnya kebangkitan rakyat pada Mac tahun lalu. - AFP

Bizarre Show: Kenapa perlu berbunuhan di atas muka bumi ini? Persoalannya siapa perlu bertanggungjawab ke atas perkara yang berlaku. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya kerana Allah penentu segalanya. DaripadaNya kita datang KepadaNya kita kembali.


Saturday, 25 August 2012

Bizarre Show: Lebih sayang anak patung dari suami

ALICE menukar lampin anak patungnya.
LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.

Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.


Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.


Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.


Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.


Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Bizarre Show: Ramai manusia di atas bumi ini mempunyai perangai pelik sampai boleh abaikan orang tersayang . Maka nasihat disini hobi itu hanya mengisi masa senang , jangan lupa tangungjawab kita sebagai manusia.

Friday, 24 August 2012

Bizarre Show: Tertidur Di Pesawat, Penumpang ‘Makan Angin’ 18 Jam

Pakistan International Airlines (PIA).

Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.

Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.

Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali.

Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.

Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore.

Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.

Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.

Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.

Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka.

Bizarre Show: Terlalu nyenyak tidur sehingga tidak sedar dah sampai. Itu yang terjadi kat penumpang kapal terbang dari pakistan ini. Lain kali "alert" dengan pengumuman yang dibuat kapten kapal terbang, ini dah terlepas. Itulah menyusahkan diri sendiri pulak.

Bizarre Show: Petani Nepal Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Mohammed Salmodin menunjukkan ular yang digigitnya sampai mati. – Foto ihsan BBC
BIRATNAGAR, Nepal - Seorang petani Nepal yang dipatuk ular tedung ketika bekerja di sawah telah membunuh reptilia itu dengan menggigitnya beberapa kali, Selasa lalu.

"Penjinak ular memberitahu saya jika dipatuk ular, kita gigit sehingga ia mati dan tiada apa yang akan berlaku kepada kita," kata Mohammed Salmodin kepada BBC.

Mohammed kini sudah dibenar keluar dari hospital di mana dia menerima rawatan akibat dipatuk ular.

Pegawai mengatakan bahawa petani itu tidak akan didakwa kerana reptilia itu tergolong dalam spesis yang tidak terancam.

"Apabila saya menyedari ular telah mematuk saya, saya pulang ke rumah untuk mengambil lampu suluh dan saya lihat ia adalah ular tedung. Lalu saya menggigit ular itu hingga mati," katanya yang ditemui di Biratnagar.

Selepas dipatuk ular, Mohammed menjalani aktivitinya seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun akhirnya dia bersetuju mendapatkan rawatan selepas ahli keluarga, jiran dan polis mendesaknya.

Kejadian berlaku Selasa lalu di sebuah kampung 200 kilometer dari Kathmandu.

Ular yang dibunuh itu dilaporkan spesis ular tedung biasa. Nepal mempunyai pelbagai spesis ular, banyak yang berbisa - seperti ular tedung.

Terdapat kira-kira 20,000 kes dipatuk ular setahun, kebanyakannya di selatan Terai, menyebabkan 1,000 kematian, laporan agensi berita AFP.

Nasihat kepada mangsa gigitan ular berbeza kerana ular yang tidak sama jenisnya memiliki racun yang berbeza.

Bizarre Show: Apabila manusia dalam keadaan yang sangat marah, mereka tidak sedar apa yang dilakukan mereka walaupun perkara tersebut merbahayakan diri mereka.

Saturday, 18 August 2012

Bizarre Show: Makanan Pelik dalam Dunia

Bizarre Show nak tunjukkan pada umum gambar-gambar makanan pelik di dunia. Gambar itu ada di bawah jom kita tengok. Elok juga kalau di buat untuk bersahur ...hehehe Bizarre Show hanya bergurau mari saksikan  gambar-gambar ini.


Kerabu Sotong Mentah

Labah-labah Goreng

OX penis

Telur Rebus 

Cengkerik Goreng

Otak -otak khinzir

Tikus Pangang

Nasi Campur Tikus

Sate Lipas

Sate Kala-Jengking
Bizarre Show: Semua orang ada citarasa tersendiri tetapi pilihlah makanan yang betul. Banyak pilihan makanan yang baik dan halal untuk dimakan. Apa-apa pun pilihan ada ditangan kita.

Friday, 17 August 2012

Bizarre Show: Kek Ular Untuk Hari Jadi Anak

CLAUDIA meniup lilin pada kek ularnya. Gambar kecil (atas), kek ular yang yang sudah dipotong.


LONDON: Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.

Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo.

Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.


Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza.


Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: “Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya.

“Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.

“Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya. - DM


BIZARRE SHOW: Semua ibu bapa mahukan anak mereka mendapat perhatian. Maka ibu bapa sanggup buat apa sahaja untuk anak mereka walaupun perkara yang pelik-pelik.