![]() |
CLAUDIA meniup lilin pada kek ularnya.
Gambar kecil (atas), kek ular yang yang sudah dipotong.
|
LONDON: Ular ini tidak mungkin mengancam
nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang
dibuat mengikut saiz ular sebenar.
Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk
anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak
itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo.
Francesca, 37, yang fobia terhadap ular,
menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa
Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.
Dia memasak kek yang sama besar dengan
enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa
paling bahaya di dunia.
Wanita itu juga mengambil masa 12 jam
menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat
kulitnya serta tanda yang berbeza.
Di majlis sambutan hari jadinya itu,
Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.
Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan
perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: “Sebaik berjaya menangani
fobia, saya terus membuatnya.
“Apabila siap, saya meletakkannya di
dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.
“Kanak-kanak itu terpesona dengan kek
berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat
dan ada yang takut,” katanya. - DM
BIZARRE SHOW: Semua ibu bapa mahukan anak mereka mendapat perhatian. Maka ibu bapa sanggup buat apa sahaja untuk anak mereka walaupun perkara yang pelik-pelik.
0 comments:
Post a Comment