MELENGAHKAN EJAKULASI SEMASA SETUBUH
Untuk melengahkan proses ejakulasi, pastikan pergerakan ketika bersetubuh itu terkawal. Gerakkan ereksi dengan kemutan dalam keadaan zakar padat yang berlaku akibat kemutan. Zakar yang bergerak dengan kekuatan dan sokongan otot kemutan dapat bertahan lama. Selain itu, anda perlu mengawal minda dan jangan terlalu gelojoh yang boleh menyebabkan ejakulasi berlaku awal.
RESTORAN DI LONDON SAJI MAKANAN ZOMBIE YANG BERKONSEPKAN OTAK
LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London. Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead. “Saya tidak sabar untuk memperkenalkan menu ini kepada masyarakat. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memperkenalkan makanan Barat yang luar biasa,” kata Mark Jankel, tukang masak yang menyajikan makanan zombie itu, sebagaimana dipetik daripada akhbar, The Sun.
Beberapa menu yang akan disajikan ialah Otak Goreng Rangup, Burger Otak, Otak Dibungkus Salad dan Nuget Kaki dan Tiroid. Makanan yang bentuknya mirip otak manusia itu dijual di Camden Lock Market mulai hari ini dan Lower Marsh Market, Waterloo esok. - Agensi
KIM BELANJA RM309,000 BELI MANGKUK TANDAS
LOS ANGELES: Selebriti, Kim Kardashian dilaporkan membelanjakan (RM309,057) untuk membeli mangkuk tandas yang boleh berfungsi secara automatik. Bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dikatakan bimbang tetamu yang berkunjung ke kediamannya tidak akan mengepam tandas selepas menggunakannya. Dia dilaporkan menyelesaikan masalah itu dengan membelanjakan sejumlah wang untuk tandas yang boleh mengepam secara automatik. Satu sumber memberitahu US magazine: “Kim bimbang orang menggunakan tandasnya dan lupa untuk mengepam. Dia juga suka menjadi wanita pertama di kawasan kejiranannya yang mempunyai tandas lebih mahal daripada kediaman lain.” - Agensi
BANDARAYA KERING TANPA HUJAN
SAO PAULO: Bandar raya terbesar di negara ini mengalami musim paling kering
tahun ini selepas lebih sebulan tidak dibasahi air hujan. Neide Oliveira dari Institut Meteorologi Kebangsaan berkata, dalam bulan
ini hanya 0.3 milimeter hujan membasahi kawasan Sao Paulo. Purata hujan tahun
ini ialah 38 milimeter.
Katanya, hujan dijangka tidak turun untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi
kerana cuaca panas dan kering menyekat suhu sejuk yang biasanya membawa hujan
dari lautan. - AP
MAUT SELEPAS JAMBATAN RUNTUH
BEIJING: Tiga orang maut dan lima lagi mengalami kecederaan apabila
jambatan lapan lorong di timur laut China runtuh awal pagi tadi hanya selepas
sembilan bulan dibuka, kata media. Jambatan itu yang menjadi sebahagian
daripada laluan lebuh raya ke lapangan terbang di bandar Harbin, dibuka pada
November selepas dua tahun disiapkan membabitkan kos 1.9 bilion yuan (RM929
juta). Sebahagian jambatan membabitkan 100 meter runtuh apabila empat trak
berat melaluinya menyebabkan kemudahan itu rebah dan berkecai. Jambatan
berkenaan dibina dengan kemampuan untuk menampung 9,800 kenderaan setiap sejam.
- AFP
LELAKI GIGIT ULAR SAMPAI MATI
KATHMANDU: Seorang lelaki Nepal yang dipatuk ular tedung menggigit semula
haiwan itu dan membunuhnya dalam serangan balas, lapor akhbar semalam. Akhbar harian Nepal, Annapurna Post melaporkan, Mohamed Salmo Miya, 55, mengejar
ular yang mematuknya di sawah padi Selasa lalu, menangkap dan menggigit haiwan
itu hingga mati. “Saya boleh membunuhnya dengan kayu, tetapi saya menggigitnya kerana sangat
marah,” katanya yang tinggal di sebuah desa kira-kira 200 kilometer di tenggara
Kathmandu. Ular itu yang dipanggil ‘goman’ di Nepal turut dikenali sebagai
tedung biasa. Pegawai polis, Niraj Shahi berkata, Mohamed Salmo yang dirawat di pusat
kesihatan di desa terbabit tidak akan didakwa kerana membunuh ular kerana
reptilia itu tidak termasuk dalam senarai spesies terancam di Nepal. - Reuters
MATI KERANA BUNYI RADIO
NAAHA (Indonesia): Disebabkan perkara kecil, Aidit, 34, penduduk Kampung
Teteona, Kacamatan Wonggeduku, daerah Konawe ditikam oleh adiknya Jasmin, 24,
semalam. Aidit meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Awam Daerah Sultra. Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa tersinggung apabila
si adik menegur abangnya supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat
malam. Ketua Bahagian Jenayah Polis Konawe, AKP Turuman Marani berkata, kejadian
berlaku di rumah ibu bapa mereka. Walaupun kedua-dua beradik itu sudah berumahtangga, mereka masih tinggal di
rumah ibu bapa mereka di Kampung Teteona. Jasmin memberitahu polis, Aidit pulang kira-kira jam 10 malam dalam keadaan
mabuk. Dia lalu memainkan radio dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman jiran,
lebih-lebih lagi waktu sudah lewat malam. “Jasmin menegur abangnya tetapi tidak diterima baik oleh Aidit yang masih
mabuk. Mereka kemudian bertengkar,” kata Turuman. Melihat situasi yang tegang itu, Ketua Kampung Teteona meleraikan kedua-dua
beradik itu. Apabila suasana tenang tiba-tiba bekalan elektrik dimatikan.
Aidit menyangka adiknya mematikan fius supaya bekalan elektrik terputus dan
dia tidak dapat memainkan radionya. Aidit menuduh Jasmin mematikan bekalan elektrik lalu kedua-duanya bertumbuk. Jasmin melarikan diri ke dalam bilik tetapi dikejar oleh Aidit yang terus
memukulnya. Dengan pantas, Jasmin menikam perut abangnya dengan pisau
menyebabkan Aidit rebah. Ketua kampung yang masih di tempat kejadian membantu membawa Aidit ke hospital
tetapi mangsa mati dalam perjalanan. - JPNN
0 comments:
Post a Comment